Monday 29 February 2016

 Assalamualaikum, hai orang di sana.. baya nak share sikit pasal waktu terbaik untuk belajar.. may be ramai lg yg tktahu bila time yg BAGUS utk study.. so,, here ad ckit inform about this.. selamat membaca guys......

Menurut pengalaman ramai pelajar atau guru/ pensyarah, biasanya pelajar yang berjaga lewat malam atau stay up belajar sampai pukul 2 atau 3 pagi jarang-jarang sangat yang jadi best student, yang gagal mungkin ramai. Kebiasaannya yang jadi best student adalah yang bangun tidur awal, seawal 5 pagi dan tidur pun awal tidak lewat dari jam 11.00 malam. Samada anda student atau bukan student, pukul 4 pagi- 6 pagi adalah waktu terbaik untuk beribadah, munajat kepada Allah, berdoa dan solat-solat sunat. Kalau nak study pun waktu itu terbaik untuk menelaah Al-Quran dan belajar dari ilmu-ilmu Allah. Belajarlah benda lain pada waktu lain.

Panduan Dan Tips Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan

Jika anda lakukan ini secara berterusan dan istiqomah, In Sha Allah pada waktu selain itu otak anda akan KEKAL OPTIMUM untuk studi pelajaran-pelajaran lain dengan penuh keberkatan dan bantuan hikmah dari Allah SWT.

Tumpukan waktu 4.00 - 6.00 pagi untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT, bukan untuk study akademik (melainkan study Al-Quran dan As-Sunnah). T
etapi seperti dikata, lain orang lain cara belajar, ada yg suka stay up, ada yg suka pagi-pagi dan ada yang fokus dalam kelas sahaja dah boleh skor. Cuma yang penting anda perlu kenali diri sendiri.


Berikut disertakan gambarajah menerangkan tentang "Masa Yang Terbaik Untuk Belajar"
Waktu Terbaik Untuk Belajar 
4 pagi hingga 6 pagi - Otak berfungsi 100%

6 pagi hingga 7.30 petang - Otak berfungsi 50 %

Malam - Otak berfungsi 20 %

Brain Oxygen Level
Sarapan Pagi - 60 hingga 80 %
Makan tengahari - 10 hingga 20 %
Makan malam - 30 hingga 40 %

Tidur waktu malam
Minimum - 6 jam
Maksimum - 8 jam
 
Berikut dikongsikan juga Tips-tips Belajar Dengan Berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
 
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca        
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan  
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas. 

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar   

if u have sth to ask me or to comment about this inform, u can write in below comment.. tq for reading.. and for ur information, cara nilah baya study every sem and from sekolah menengah lg.. sgt berkesan.. baya sekarang dh belajar kat uitm tapah in applied science's diploma and baya sekarang dh sem 4. alhamdulilah.. baya can perform well in previous 3 semester dgn mngamalkn cara ni.. if u want more information about me and how i'm study, u can pm me througn fb or ig okayh...

Friday 26 February 2016

HOT ITEM..!!!

Hai uolll,, baya ada jual scarfcake.. u can pm me if u interest this shawl tau.. this shawl mmg selesa sgt.. baya mmg cnfirm if uoll buy this shawl, uoll mesti brpuas hati pnye... besides,, baya pun ad jual jgk skirt & jubah.. so, visitlh my below fb and ig..

NEW SCARF IN TOWN.


MATERIAL: SUPER COMFY BUBBLE CREEPE


SIZE: WIDE SHAWL 2.0M X 0.8M


PRICE: RM39


POSTAGE FEE: RM7 (East Malaysia) / RM10 (West Malaysia)

Minimal ironing
High opacity (no inner is required)
Soft material (suitable for Malaysia's warm climate)
Syariah compliant
20 colours to choose from

follow fb & ig : accessories & essentials